TAJUK : PENGENALAN KEPADA PENAPIS UDARA
TUJUAN :
Penapis udara dan bahan api merupakan komponen terpenting di dalam operasi sesebuah enjin. Walau apa pun jenis penapis, ia tetap berfungsi sebagai penyaring segala kotoran dan benda-benda asing daripada masuk ke dalam enjin.
PENERANGAN :
Penapis udara adalah merupakan alat yang dipasangkan pada bahagian hadapan pacarongga pengambilan. Ia bertujuan untuk menapis udara yang masuk ke dalam enjin itu mestilah benar-benar bersih daripada sebarang kekotoran. Jika sekiranya sesebuah enjin tidak dilengkapkan dengan sebuah penapis udara maka segala kekotoran dari luar akan masuk ke dalam enjin melalui pancarongga pengambilan. Enjin yang kotor akan menyebabkan jangka hayat penggunaannya akan berkurangan dan ia juga akan mudah menjadi rosak dan haus. Jadi kita mestilah menghindari segala kekotoran dari memasuki bahagian enjin. Penapis udara yang dipasangkan pada bahagian hadapan pancarongga pengambilan ini mempunyai tujuan. Antaranya seperti berikut:
a. Membersihkan udara sebelum masuk ke dalam enjin melalui pancarongga pengambilan.
b. Mengurangkan kelajuan udara yang masuk, dengan itu akan dapat menjimatkan penggunaan bahan api.
c. Mengambil hawa panas dari “exhaust manifod” untuk tujuan pengeluawapan bahan api sebelum masuk ke dalam selinder dan dengan ini pembakaran akan mudah di lakukan
No comments:
Post a Comment