Tuesday, 1 November 2011

JENIS-JENIS PENAPIS UDARA


JENIS-JENIS PENAPIS UDARA.
   
          Penapis udara mempunyai beberapa jenis yang biasa digunakan pada kebanyakan kenderaan sekarang ini, antaranya ialah:
a.    Jenis basahan minyak.
b.    Jenis rendaman minyak.
c.    Jenis katrej.
d.    Jenis getah foam.

a.    Jenis “ Basahan minyak
   Pada penapis jenis ini, ia dapat memberikan satu penapisan yang sempurna dimana kadar habuk yang masuk berkurangan. Bahan-bahan yang digunakan pada sistem ini biasanya ialah satu gelungan wayer yang diselang-selikan (wire mesh) yang diselaputi dengan minyak. Segala kotoran yang masuk akan melekat pada selaput minyak ini. Penapis jenis ini mestilah dicuci mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan. Pada kebiasaannya ialah pada tiap-tiap 8,000km. Cara mencuci bagi jenis ini ialah dengan mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin. Selepas itu ia hendaklah dikeringkan. Lumur semula dengan minyak enjin dan sebelum di pasangkan biarkan minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.

b.    Jenis “katrej”

            Penapis jenis ini ia menggunakan kertas sebagai alat penapisnya. Kertas ini dikenali sebagai “resin impregnated paper element”. Binaan pada kertas ini dibuat berlipat-lipat dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus. Dengan melipat-lipatkan kertas ini, ia dapat mengadakan permukaan tapisan yang sangat luas dan dapat mengelakan berlakunya penapis ini dari tersumbat. Kebiasaanynya penapis ini ditukar pada tiap-tiap 6,000 hingga 1200km.

c. Jenis “Rendaman minyak”

            Penapis jenis ini dapat memberikan suatu sistem penapisan yang sangat memuaskan. Operasinya berjalan pada dua peringkat. Pada peringkat pertama udara masuk secara berpusar akan menyebabkan habuk-habuk yang ada bersamanya akan melekat pada permukaan minyak yang bertakung. Pada peringkat kedua pula sebahagian dari minyak akan naik dibawa oleh udara yang masuk melaluinya pergi ke elemen pusaran wayar besi (steel mesh wire element). Disini segala kotoran yang melekat pada minyak tadi akan melekat pula pada elemen wayar. Penapis jenis ini dibentuk sedemikian rupa supaya ia dapat menapis segala kekotoran dari masuk ke dalam enjin dan di samping itu dapat mengelakan kekotoran masuk ke karbuertor dan ruang pelampung (float chamber). Servis perlu dilakukan pada  penapis jenis ini. Jangka masa bergantung pada keadaan penggunaannya. Jenis yang digunakan pada kenderaan kecil biasanya dicuci pada tiap-tiap 4,000 km. Penapisnya dicuci dengan menggunakan petrol atau paraffin. Apabila hendak mengisi semula minyak kedalam takungan hendaklah diisi dengan minyak enjin yang bersih dan hendaklah pastikan minyak berada pada paras yang betul.

 
d.    Jenis “Getah foam”


                Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik. Udara yang masuk secara berpusar-pusar akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang yang dibuat pada perumahnya secara kuasa balingan. Penapisan yang dilakukan adalah melalui udara yang masuk secara berpusar-pusar. Kemasukan udara yang berpusar ini akan membawa segala habuk-habuk masuk bersama-samanya. Tetapi habuk-habuk ini akan tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat pada bahagian atas perumah ini. Kuasa balingan yang terhasil dari pusaran udara yang masuk tadilah yang sebenarnya yang menolak segala habuk-habuk tadi. Udara itu boleh berpusar dalah kerana reka bentuk perumahnya terutama sekali pada ‘vane’ (mata angin) yang telah dibuat mengikut sudut yang tertentu. Rawatan pada penapis jenis ini tidaklah rumit. Hanya yang perlu pastikan bahawa ‘intake vane’ tidak tersumbat.



No comments:

Post a Comment